GAMBARAN PADANG MAHSYAR?
|
|
1
|
Posting kali ini akan menghuraikan azab sengsara manusia di
Padang Mahsyar setelah berlakunya Hari Kiamat.
Hari Kiamat
juga dikenali dengan nama berikut:
1.1.
Yaumul Jam’ei (Hari Segala Dosa DiBongkar)
1.2.
Yaumul Ba’tsarah (Hari Penggeledahan di Mahsyar)
1.3.
Yaumul Haqqah (Jawapan Kepada Yang Meragui Kiamat)
1.4.
Yaumus Shaakh-khah’ (Peristiwa Agung dan Bersejarah)
1.5.
Yaumul Qisas (Hari Pembalasan)
1.6.
Yaumus Syahadah/Masyhud (Hari Kesaksian)
|
2
|
Setelah semua
makhluk dan manusia dimatikan, Allah SWT memerintahkan Malaikat
Israfil untuk meniupkan 'Sangkakala' yang maha
dahsyat untuk menghidupkan semula semua makhluk
yang sudah mati. Malaikat Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-
kuatnya:
"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang
yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus
berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah
luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang
menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".
|
3
|
Lepas itu
semua manusia pun tegak bangun berdiri dari
kubur masing-masing. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan,
mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu.
Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan
padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya.
Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari
telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada
di tempat yang telah dijanjikan oleh Allah. Lalu manusia berkata:
"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan
inilah bukti kebenaran para Rasul utusan Allah".
Semua manusia
kelihatan terkejut dan terpinga-pinga. Di dalam Surah Yaasin (36:52), Allah berfirman
yang berbunyi:
"Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang
membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,
Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah
Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.”
|
4
|
Semua manusia
keluar dari kubur masing-masing tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.
Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun
dibadan. Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar
yang terdiri dari ribuan juta manusia menuju ke satu arah. Dalam masa
bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa kerana melakukan
pelbagai dosa semasa hidup di dunia:
i.
Mengalir daripada badan mereka nanah dan darah yang amat busuk
dan mereka sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ulama
yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama
dengan apa yang diucapkan.
ii.
Badan berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah
kepada orang lain.
iii.
Badan berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan
hukuman.
iv.
Buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
v.
Luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi yang
berbohong.
vi.
Menjadi pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang
mereka lakukan.
vii.
Gigi mereka menjadi seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir
hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka
adalah golongan orang yang suka meminum arak.
viii.
Kelihatan seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan
terhuyung-hayang. Mereka inilah orang yang sanggup menyimpan harta dan
kedekut untuk dibelanjakan ke jalan Allah.
ix.
Telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun
mereka dan menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah
orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia
dengan memperalatkan agama).
x.
Mengasingkan diri daripada manusia lain kerana badannya lebih
busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan
manusia, tetapi tidak takut pada Allah.
xi.
Berkeadaan benar-benar seperti orang yang mabuk. Mereka
ialah orang yang suka bercerita dan bersembang kosong hal dunia dalam masjid.
xii.
Berkeadaan tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini orang
yang suka menyakiti hati orang lain.
xiii.
Berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang
serta lalai dalam sembahyang.
xiv.
Perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa
mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak
mengeluarkan zakat.
xv.
Berkeadaan darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut
mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
xvi.
Terpotong halkum. Keadaannya tercerai dari leher. Orang ini
selalu sanggup untuk menjadi saksi bohong.
xvii.
Mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah orang yang
derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
xviii.
Tidak berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya.
Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
xix.
Berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah
dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka ini suka berbuat
zina.
xx.
Berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
xxi.
Berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim
secara zalim.
|
5
|
Berkaitan
dengan kesengsaraan, hiruk pikuk dan ketakutan manusia di Padang Mahsyar ini Allah
berfirman dalam banyak tempat dalam Al Quran. Antaranya:
i.
Surah Qaaf (50:21) bermaksud:
“Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar
disertai dua malaikat: yang satu menjadi pembawa, dan yang satu lagi menjadi
saksi.”
ii.
Surah Al-Naaziat [Para Malaikat Yang Mencabut](79:8-9)
bermaksud:
“Hati manusia pada hari itu sangat berdebar-debar kerana takut,
Pemandangan mereka semunya tunduk ketakutan.”
iii.
Surah An- Nur [Cahaya] (24:24) berbunyi:
“Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka
menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka
lakukan.”
iv.
Surah Fussilat [Pembukaan] (41:21) berbunyi:
“Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada
kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?”
Kulit-kulit badan mereka menjawab: “Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap
sesuatu pandai berkata-kata – telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan
Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan
(untuk menerima balasan).”
v.
Surah At-Taghabun [Hari Kiamat] (64:9) berbunyi:
“(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari
perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak
kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta
mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan
memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang
besar.”
vi.
Surah Al-Hijr [Nama Tempat] (15:92-93)
“Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu)
semuanya (pada hari kiamat kelak). Mengenai apa yang mereka telah lakukan”.
vii.
Surah Al-Israq [Memperjalankan Di Waktu Malam] (17:36)
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
viii.
Surah AlZalzalah [Goncangan] (99:7-8)
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat
zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”.
ix.
Surah Al-Qiamah [Hari Kiamat] (75:22-26)
“Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman)
berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya. Dan pada hari itu, muka (orang-orang
kafir) muram dan hodoh. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan
ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. Sedarlah (janganlah
mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak
mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong.”
x.
Surah Abasa [Bermuka Masam](80:34-41)
“Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta
bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya, Kerana tiap-tiap seorang dari
mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya
sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari
itu berseri-seri. Tertawa, lagi bersuka ria. Dan muka (orang-orang yang
ingkar) pada hari itu penuh berdebu. Diliputi oleh warna hitam legam dan
gelap-gelita”.
|
6
|
Lihat pula
apakah yang disabdakan oleh Rasulullah berkaitan dengan azab Mahsyar ini:
i.
Tiada keluhan yang terdengar di Padang Mahsyar melainkan setiap
diri berkata:”wahai diriku yang malang, aduhai alangkah malangnya diriku.”
ii.
Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain
merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan dengan mukanya.
Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Bagaimana seorang kafir berjalan
dengan mukanya?” Rasulullah menjawab, “Bukankah Allah yang membuatnya dapat
berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan muka?”
iii.
Bayangkan ribuan juta manusia sejak zaman Nabi Adam hingga
generasi terakhir sebelum kiamat berkumpul dan bersesak-sesak di Padang
Mahsyar. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara,
ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh
manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin
Al-Aswad, Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia
sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan
amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata
kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain
hingga ke mulutnya.”
iv.
Pada hari itu, sekecil mana pun amal kebaikan yang pernah
dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari
seksaan yang dideritainya. Rasulullah bersabda maksudnya :
“Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan
melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).
v.
Rasulullah bersabda, “Tujuh golongan yang berada di bawah
naungan Allah di Padang Mahsyar ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya;
pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang
yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua
orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah
kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga
menitiskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan
terhormat namun menolaknya dengan berkata: aku takut kepada Allah, dan seseorang
yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa
yang diberikan oleh tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
vi.
Daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
“Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada
kesusahan (yang dialami) pada hari kiamat, maka bantulah orang yang dalam
kesusahan, atau kurangilah kesusahannya” (Hadis Riwayat Muslim).
vii.
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa
Rasulullah bersabda: “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya
hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” (Hadis Riwayatkan Ahmad).
viii.
Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud
bahawa Rasulullah bersabda: “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat
dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang
siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi
makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya
makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah
memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”
|
7
|
Setelah
dibangkitkan dari kubur nanti ada yang pergi ke Padang Mahsyar dengan
menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,
dan yang istimewa di bawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Bila
sampai di Mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi. Kena tunggu entah
berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam a.s. hanya
untuk meminta syafaat untuk Allah SWT mempercepatkan hisab. Nabi Adam a.s. menjawab dia tak boleh memberi syafaat kerana dia
pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia kepada seluruh Rasul
Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi
nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia
kepada Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah berdoa dan Allah memperkenankan doanya
untuk mempercepatkan hisab.
|
8
|
Manusia
berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tidak berganjak. Sebahagiannya pula
berdiri dengan kepala ke bumi. Mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun
ukuran akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran
bulan atau matahari kerana bulan dan matahari sudah dihancurkan. Sesaat pun
manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah
hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu
hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun ukuran dunia. Setahun
mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300
tahun akhirat. Dianggarkan penghuni Padang Mahsyar berdiri selama kira-kira
lima ribu juta tahun. Masyaallah, azabnya.
|
9
|
Bayangkan
semasa menanti perbicaraan, ada orang yang minta
kepada Allah agar di segerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya azab
berdiri di Padang Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan
tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu.
|
10
|
Sebelum hisab
bermula, kitab-kitab amalan kita akan dibawa turun dari 'Arash Allah. Masa
itu tahulah kita tangan mana yang akan menyambut kitab itu, samada tangan
kanan atau kiri. Jika tangan kanan yang mengambilnya maka berbahagialah kita.
Sebaliknya celakalah orang yang menerima kitab amalannya dengan tangan
kiri. Kemudian Allah akan panggil seorang demi seorang untuk di hisab
amalan mereka. Sebelum Allah mula menghisab, Allah suruh kita baca semua
amalan yang tercatat dalam buku kita dengan di saksikan semua manusia lain,
tiada satu pun yang tertinggal.
|
11
|
Setelah di
timbang di Al-Mizan, didapati pahala kita sedikit melebihi dosa kita,
seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi Allah akan bertanya kepada
semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak
mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga,
jiran-jiran, kawan-kawan dan lain-lain. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,
pahala kita tadi terpaksa diberi kepada mereka. Jika pahala dah habis, dosa
mereka pula kita tanggung. Ini yang di maksudkan suami akan menanggung dosa
anak-anak dan isteri.
|
12
|
Sebelum Allah
menghisab amalan kita di Padang Mahsyar nanti, hisablah diri masing-masing sebelum
kita mati. Adakah aku ini bakal menerima suratan (buku) amalan aku dengan
tangan kanan atau tangan kiri. Beristigfarlah banyak-banyak kepada Allah
kerana azab di Mahsyar itu tidak tertanggung oleh badan kita yang kerdil ini.
|
Friday 18 September 2015
Gambaran Padang Mahsyar
Subscribe to:
Posts (Atom)